X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Gelandangan tendang, samun wanita diberkas

A
A

KLANG - Seorang lelaki diberkas dipercayai mencederakan sebelum menyamun seorang wanita dalam kejadian di bangunan Centre Point di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, suspek diberkas kira-kira jam 5 petang di sebuah kedai berhampiran Jalan Tiara Bandar Baru Klang pada Ahad.

Menurutnya, suspek berjaya diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Klang Utara bersama anggota polis Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Bandar Baru Klang.

"Suspek yang diberkas merupakan seorang lelaki tempatan berumur 40-an. Semakan rekod mendapati suspek juga mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau termasuk 16 rekod membabitkan jenayah dan dadah.

"Suspek kemudian dibawa ke IPD Klang Utara untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Rabu, seorang wanita menempuh detik mencemaskan apabila ditendang, dipukul sebelum disamun seorang gelandangan dalam kejadian di bangunan Centre Point di sini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!