X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Tanah mendap: Sebuah rumah runtuh, lapan tidak selamat didiami

Sebuah rumah rosak selepas mendapan tanah di Lorong Selangat, Taman Pertama pada Ahad.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah rumah rosak manakala lapan rumah lagi dilaporkan tidak selamat untuk didiami selepas berlaku mendapan tanah di Lorong Selangat, Taman Pertama pada Ahad.

Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.52 pagi.

"Sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak bersama dua jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati mendapan tanah telah menyebabkan sebuah rumah telah runtuh manakala lapan rumah lagi berada dalam keadaan tidak selamat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, bomba bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengarahkan penduduk untuk keluar dari rumah dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

"Kejadian terbabit tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan jumlah mangsa yang terlibat masih dalam siasatan.

"Tugas-tugas seterusnya telah diserahkan kepada agensi terlibat antaranya polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!