Peragut rantai emas diberkas

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki meragut rantai emas milik seorang wanita di Jalan Kuchai Maju 10 di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Amihizam Abdul Shukor berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada jam 10.15 malam di Brickfields.

"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod berkaitan kes dadah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Amihizam berkata, pihaknya turut merampas pakaian, beg, sebuah telefon bimbit dan sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna hitam.