Atlet Muay Thai Ahmad Nor Iman Aliff raih emas ke-39 negara

Ahmad Nor Iman Aliff bergambar bersama pingat emas yang dimenanginya dalam acara akhir Muay Thai 54kg sekali gus menyumbang pingat emas ke-39 negara pada Sukan SEA ke-31 di Bacninh Gymnasium, Hanoi pada Ahad. Foto: Bernama

A
A
A

ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menampilkan aksi bertenaga untuk meraih pingat emas acara elit bawah 54 kilogram (kg) pada Sukan SEA ke-31 di Gimnasium Bac Ninh dekat Hanoi pada Ahad.

Kejayaan juara dunia remaja berusia 18 tahun itu sekali gus menyaksikan beliau menyumbang pingat emas ke-39 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

Ahmad Nor Iman Aliff, yang membuat penampilan sulung di Sukan SEA, menumpaskan peserta tuan rumah Huynh Hoang Phi, 30-27 dalam aksi final hari ini.

Pingat gangsa acara itu milik peserta Filipina Ariel Lee Lampacan dan Sakchai Chamchit dari Thailand. - Bernama