Siapa 'tokong' yang dimaksudkan Sanusi, tanya Onn Hafiz

Tangkap layar muat naik Facebook Onn Hafiz yang menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah kurang matang dan tidak bertanggungjawab. Gambar kanan: Onn Hafiz
Tangkap layar muat naik Facebook Onn Hafiz yang menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah kurang matang dan tidak bertanggungjawab. Gambar kanan: Onn Hafiz
A
A
A

DAKWAAN tentang wujudnya 'tokong' dalam bola sepak tempatan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disifatkan kurang matang dan tidak bertanggungjawab.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tidak perlu menyebarkan fitnah untuk tegangkan keadaan atau menutup kelemahan sendiri.

Menurut Onn Hafiz, siapa tokong yang beliau maksudkan? Sebutlah nama atau individu atau organisasi.

"Pada masa yang sama, kalau ya pun nak buat aduan mengenai masa tambahan 10 minit Johor Darul Ta'zim (JDT), pergi buat aduan dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) secara rasmi.

"Tidak perlu sebarkan fitnah untuk tegangkan keadaan atau menutup kelemahan sendiri. Ini penting bagi mengelak dari penyokong yang terikut emosi dan boleh mengundang padah serta insiden yang tidak diingini.

"Saya difahamkan pasukan Negeri Sembilan sendiri pun belum buat aduan rasmi," katanya menerusi muat naik di laman Facebook rasminya.

Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum ini menyatakan kewujudan ‘tokong’ dalam arena bola sepak hanya akan menjejaskan mutu bola sepak negara selain menyebabkan persaingan tidak sihat.

Beliau berkata, bola sepak adalah sukan untuk semua, bukannya dikawal oleh individu sehingga menyebabkan adanya situasi yang memerlukan persetujuan daripada 'tokong' terbabit.

Artikel Berkaitan: