Wajib dapatkan pensijilan MPSO menjelang 2020

Teresa ketika bercakap kepada pemberita, hari ini.
Teresa ketika bercakap kepada pemberita, hari ini.
A
A
A
PUTRAJAYA - Pengeluar-pengeluar minyak sawit tempatan disaran mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO) untuk membolehkan minyak keluaran mereka dieksport ke luar negara.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, kementerian akan mula mewajibkan eksport minyak sawit memenuhi syarat di bawah MSPO menjelang Januari 2020.

"Kementerian menjangkakan, sehingga 31 Disember 2019, kesemua pengeluar dan pengusaha minyak sawit mendapatkan pensijilan MPSO dan skim ini akan dijadikan skim kebangsaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan CSPO Forum 2018: Moving Forward With MPSO, di sini, hari ini.

Menurut Teresa pemain industri dan pengilang di Malaysia tidak mengambil usaha ini secara serius menyebabkan minyak sawit negara gagal bersaing dengan negara jiran.

"Kementerian akan menguatkuasakan pensijilan ini secara serius sehingga 31 Disember 2019. Sebab itu saya telah beberapa kali Sabah dan Sarawak.

"Kementerian telah bekerjasama dengan MPOB untuk mendidik orang ramai melaksanakan pensijilan ini secara lebih serius," katanya.

Teresa berkata selepas tarikh tersebut, minyak sawit yang dikeluarkan pengusaha tanpa persijilan ini mungkin tidak akan diterima dan merugikan penanam.

"Kira-kira 1.26 juta hektar kawasan kelapa sawit di Malaysia telah mendapat pensijilan Minyak Sawit Malaysia yang mewakili 21.7% daripada jumlah kawasan sawit negara," katanya.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan forum berkenaan, Teresa berkata, Pensijilan MSPO menunjukkan komitmen Malaysia terhadap pengeluaran minyak sawit lestari.
Artikel Berkaitan:


Di samping itu, pensijilan MSPO menyediakan pelbagai faedah, termasuk meningkatkan produktiviti melalui mengoptimumkan hasil dengan penerapan amalan pertanian yang baik.

"Diharap, ini akan membantu untuk menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi dan peningkatan kebajikan pekebun kecil, yang mencakupi hampir 40 peratus daripada kawasan yang ditanam.

Malaysia telah membangunkan skim pensijilan MSPO berdasarkan undang-undang dan peraturan tempatan.

Piawaian MSPO meliputi 7 prinsip, termasuk pematuhan kepada keperluan perlembagaan, tanggungjawab sosial, syarat pekerjaan, alam sekitar dan amalan perladangan terbaik.