Sila log masuk terlebih dahulu.

Lori Jenis 'prime mover' digunakan untuk mengisi minyak sebelum diseleweng

A
A
A

BERITA SEMASA 30 MEI 2023

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang berjaya membongkar kegiatan seleweng diesel bersubsidi hasil serbuan ke atas sebuah gudang penyimpanan haram di Kawasan Perindustrian Indera Mahkota 14, Kuantan, Pahang, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmu'Min Nik Min.

Sindiket yang dipercayai menggunakan lori jenis 'prime mover' untuk mengisi minyak dari stesen minyak sekitar Kuantan sebelum dikumpulkan dalam dua tangki simpanan di gudang berkenaan.

Susulan serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, pihak KPDN Pahang berjaya menemui dua tangki simpanan berisi diesel dianggarkan sebanyak 16,000 liter, satu treler tangki minyak dan set pam yang digunakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/260941/Guna-kepala-lori-kumpul-diesel-subsidi-sebelum-diseleweng

#BeritaSemasa #SinarHarian