X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Jangan buat pembelian panik, bekalan ayam masih cukup

Bekalan ayam di Melaka masih mencukupi meskipun operasi sebuah syarikat pengeluar ayam terbesar di Jasin ditutup dua hari. Gambar kecil: Norena
A
A

MELAKA - Bekalan ayam di Melaka masih mencukupi dan tidak berlaku kekurangan susulan penutupan dua hari operasi sebuah syarikat pengeluar ayam terbesar di Jasin pada minggu ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Norena Jaafar berkata, notis penutupan berkenaan tidak memberi impak kepada bekalan ayam dan pengguna tidak perlu membuat pembelian panik.

Menurutnya, di Melaka terdapat lebih 100 ladang penternak ayam tempatan dan apabila sebuah syarikat pengeluar ayam itu ditutup kerana mengalami masalah pertumbuhan ayam yang bersaiz kecil namun bekalan ayam masih boleh diperolehi di ladang-ladang lain yang sedia ada.

"Masalah saiz ayam yang dihadapi dipercayai tidak melepasi saiz matang untuk dijual dengan anggaran 1.8kilogram (kg), hingga 2kg berbanding hanya 1.1kg hingga 1.2kg ketika ini. Malah langkah penutupan itu juga bertujuan menambah berat ayam bersaiz kecil tersebut.

"Isu tersebut saya rasa tidak memberi masalah kepada negeri ini, sebab di Melaka kita telah beri jaminan bahawa tidak ada isu mengenai kekurangan ayam iaitu ayam bulat di pasaran.

"Pihak pembeli atau pengguna tolong jangan beli ayam dalam kuantiti yang tinggi atau banyak kerana ia akan mendatangkan kesusahan kepada orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika program Pengguna Bestari Sentuhan Kasih Aidilfitri di Ayer Keroh pada Khamis.

Pada Rabu Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan penutupan dua hari sebuah kilang pengeluaran ayam di Jasin mempunyai kaitan dengan tindakan protes berhubung subsidi.

Penasihatnya, Datuk Jeffrey Ng berkata, pihaknya tidak pernah menerima aduan atau mendengar desas-desus mengenai sebarang gerakan protes membabitkan pengusaha ladang ayam.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!