X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Sukan SEA: Harap aksi separuh akhir lawan Vietnam selesai 90 minit

Skuad bawah 23 tahun akan menentang Vietnam pada aksi separuh akhir Sukan SEA di Hanoi. - Foto Football Association of Malaysia
A
A

PENGENDALI skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney berharap aksi separuh akhir Sukan SEA Hanoi 2021 berdepan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Khamis dapat diselesaikan dalam tempoh 90 minit.

Menurut Maloney, tiada pasukan yang mahu beraksi lebih daripada 90 minit sebaliknya setiap perlawanan dapat ditamatkan mengikut masa permainan sebenar (90 minit).

“Sebenarnya aksi yang berlanjutan melebih 90 minit tidak akan membantu mana-mana pasukan.

“Saya tidak katakan bahawa saya terlalu yakin, tetapi walaupun bakal berdepan dengan lawan yang sukar serta berpengalaman seperti Vietnam dan dapat tamatkan perlawanan dalam masa sebenar (90 minit) merupakan pencapaian terbaik,” katanya pada Rabu.

Skuad B-23 negara mara ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B manakala Vietnam mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A.

Pada masa sama Maloney menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa skuad B-23 perlu mengelak daripada bertemu Vietnam dalam Sukan SEA kali ini.

Kata Maloney, dia hanya menegaskan bahawa untuk muncul juara perlu berdepan pasukan terbaik.

"Pasukan terbaik merujuk kepada pasukan Vietnam yang merupakan pasukan pilihan pada edisi kali ini. Kami berdepan Vietnam di separuh akhir dan perkara seperti ini sememangnya di luar kawalan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Maloney mengingatkan para pemainnya untuk tidak hanya memberikan fokus kepada pemain tertentu Vietnam, namun sebaliknya kepada kesemua pemain Vietnam.

Katanya, skuad Naga Emas muda itu yang turut dibarisi para pemain berkualiti akan beraksi dengan penuh semangat bagi meraih kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

“Kami telah beraksi dua hari lalu dan baru tiba di Hanoi. Petang ini (Rabu), kami hanya sempat mengadakan satu sesi latihan penuh bagi mengharungi aksi separuh akhir.

“Jadi semua pemain perlu kekal fokus dan melakukan persediaan secukupnya untuk memberikan aksi terbaik, seterusnya menghasilkan keputusan yang positif di separuh akhir,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!