X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

[VIDEO] Siasatan tatatertib dakwaan wanita tak puas hati layanan polis

Mohamad Fakhrudin
A
A

PETALING JAYA - Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menyiasat dakwaan seorang wanita berasa tidak puas hati dengan layanan anggota polis yang bertugas ketika dia membuat laporan di sebuah balai polis di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita itu turut mendakwa tidak selesa dengan tutur kata oleh anggota polis yang bertugas pada ketika itu.

"Satu siasatan tatatertib telah dijalankan oleh BIPS IPD Petaling Jaya.

"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pegawai atau anggota yang terbukti terlibat dalam insiden berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya memandang serius dakwaan pengadu itu.

"Pihak polis sentiasa akan memberikan layanan serta perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat," tegasnya.

Selasa lalu, tular di media sosial Twitter, seorang pengguna mendakwa 'disekolahkan' oleh seorang anggota polis ketika mahu membuat laporan mengenai diintai dan diganggu seorang lelaki di festival anime.

Katanya, dia terpaksa memakai pakaian cosplay ke balai polis berkenaan kerana mahu membuat laporan dengan cepat.

Bagaimanapun, ketika mahu membuat laporan, dia mendakwa anggota polis berkenaan menegur pakaiannya sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!