Teruja menang duit raya RM500

Norhafina Halim
Norhafina Halim
A
A
A

SHAH ALAM - “Memang tidak menyangka untuk teka dengan betul dan menang peraduan ini kerana ia bergantung kepada nasib,” Kata Norhafina Halim, 31 yang memenangi Peraduan Teka dan Menang Duit Raya anjuran Sinar Harian.

Beliau ketika dihubungi Sinar Harian mengakui amat teruja dengan kemenangan tersebut kerana duit raya itu dapat menambah lagi perbelanjaan hari raya mereka sekeluarga.

Ujarnya, penyertaan itu dibuat hanya sekadar suka-suka untuk mencuba nasib.

“Saya dan suami menyertai peraduan itu saja-saja sebab datang berbuka di Iftar Ala Madinah @ Karangkraf dan sekadar mencuba.

“Saya teka buah kurma dalam balang itu dan tekaan itu betul, malangnya suami tidak menang juga.

“Kemudian, dapat panggilan cakap saya menang, memang terkejut lah sebab tidak sangka boleh menang dan ini memang rezeki untuk tambah persiapan raya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambah Norhafina, dia berterima kasih kepada Sinar Harian kerana memberi peluang untuk menyertai dan memenangi peraduan tersebut.

“Dengan duit raya yang menang ini memang fokus kepada anak-anak, tambah baju raya, juadah raya, bagi duit raya kat mak ayah sedikit.

“Memang ini berita gembira untuk kami sekeluarga,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, sambutan yang diterima bagi peraduan itu mencecah lebih 1,500 penyertaan.

Nik Justin
Nik Justin

“Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan hari terakhir iftar kita terima 1,500 penyertaan.

“Pada hari terakhir itu kami berjaya memilih pemenang yang paling tepat dengan meneka 776 biji kurma,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, peraduan tersebut bagi menambahkan kemeriahan sepanjang Iftar Ala Madinah @ Karangkraf terutama dua minggu terakhir Ramadan.

“Sepanjang iftar itu kita nampak kepelbagaian masyarakat yang hadir dan kami gunakan peluang ini untuk sediakan peraduan itu.

“Peraduan ini juga menambahkan kemeriahan tersebut dan dibuat khas semasa iftar itu sahaja.

“Selain itu, ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk memenangi duit raya RM500 itu,” jelasnya.

Ujar Nik Justin, peraduan itu akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang sekiranya Karangkraf masih mengadakan iftar seperti itu.

“Jika tahun depan kita anjurkan iftar seperti ini, insyaAllah kita akan teruskan pertandingan ini.

“Malah duit raya yang akan diberikan perlu besar lagi dan lebih daripada tahun ini,” jelasnya.