Skandal projek RM30 juta: Pegawai kanan, pengarah urusan dibebaskan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret hari ini membebaskan dua lelaki termasuk seorang pegawai kanan sebuah badan berkanun yang direman bagi membantu siasatan berkaitan skandal projek melibatkan badan berkanun berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.

Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal membenarkan suspek berumur 48 dan 52 tahun itu dibebaskan dengan jaminan masing-masing RM100,000 dengan seorang penjamin.

Mereka sebelum ini direman lima hari sejak Jumaat lepas.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kedua-dua lelaki termasuk pengarah urusan syarikat perundingan berkenaan ditahan secara berasingan di ibu pejabat SPRM di sini Khamis lepas selepas mereka hadir memberi keterangan.

Sumber itu berkata siasatan awal mendapati pegawai kanan terbabit dan pengarah syarikat tersebut telah bersubahat bersama-sama tiga lagi individu yang telah direman sebelum ini bagi mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa sebuah suruhanjaya perkhidmatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan: