X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Lorong kiri Lebuhraya Utara Selatan arah utara masih ditutup

PLUS memaklumkan lorong kiri Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora, Perak masih ditutup bagi kerja-kerja pembersihan susulan kemalangan sebuah kereta dan treler pada tengah malam Rabu.
A
A

SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi laman Twitter miliknya memaklumkan lorong kiri Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora, Perak masih ditutup bagi kerja-kerja pembersihan susulan kemalangan sebuah kereta dan treler pada tengah malam Rabu.

Bagaimanapun PLUS berkata, bagi lorong kanan arah utara telah pun dibuka dan laluan kontra masih diaktifkan, manakala trafik pula sesak 11 kilometer arah utara dan arah selatan trafik perlahan.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif.

“Sehingga jam 9.03 pagi tadi, lorong kiri arah utara masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan manakala lorong kanan telah dibuka. Laluan kontra masih diaktifkan.

“Trafik sesak 11 kilometer arah utara dan trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif,” ciapnya di Twitter pada Khamis.

Pada Rabu, lima individu rentung dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, Perak.

Maklumat awal kejadian sekitar 12.52 malam itu memaklumkan, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan dua kenderaan terbabit.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!