X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

Lima mangsa rentung disahkan pelajar USAS

Laporan Sinar Harian
A
A

KUALA KANGSAR - Lima individu yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini.

Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi mengesahkan kelima-lima mangsa merupakan penuntut universiti berkenaan.

Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.

"Kesemua mereka sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.

"Kita juga telah maklumkan mengenai kejadian ini kepada waris untuk mereka hadir ke hospital bagi proses pengecaman.

"Kita akan cuba bantu apa yang diperlukan oleh waris, bagi memudahkan urusan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar 12.52 malam itu, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!