Hadi betulkan Nurul Izzah, Tun M bukan diktator

Abdul Hadi ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Abdul Hadi ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
A
A
A
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini 'memperbetulkan' dakwaan Nurul Izzah Anwar bahawa Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah seorang diktator.

Abdul Hadi tanpa diminta, terbuka untuk mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

“Saya nak komen tentang kenyataan yang katakan Tun Mahathir diktator, itu bukan diktator, itu tegas kerana beliau dipilih secara demokratik dalam pilihan raya dan PH yang pilih beliau sebagai Perdana Menteri, bukan beliau lantik diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini penggal terakhir saya jadi Ahli Parlimen - Nurul Izzah

“Apa yang penting ialah ketegasan. Tegas menghadapi ahli Kabinet yang lemah.

“(Tun Mahathir) bukan diktator. Itu suatu yang perlu bagi pemimpin, beliau perlu tegas menghadapi ahli Kabinet yang lemah,” katanya.

Sebelum ini, Nurul Izzah yang juga anak sulung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelarkan Dr Mahathir sebagai bekas diktator pada sesi wawancara bersama Straits Times Singapura, baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, Nurul Izzah turut membuat kejutan dengan mengatakan ini penggal terakhir beliau menjadi wakil rakyat.

Bekas Naib Presiden PKR itu sebelum ini melepaskan jawatannya dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) setelah tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu mengekalkan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi PAC.

Artikel Berkaitan: