Pesawat British Airways tersalah mendarat

Sebuah pesawat British Airways tersalah mendarat. - Foto Reuters
A
A

LONDON - UNITED KINGDOM. Sebuah pesawat British Airways 'tersalah mendarat' apabila ia melakukan penerbangan dari London ke Edinburgh dan bukannya ke Dusseldorf di Jerman.

Penumpang hanya menyedari kesilapan tersebut apabila juruterbang memberitahu pesawat akan mendarat di Edinburgh, kira-kira 800 kilometer dari Dusseldorf.

Susulan kesilapan itu, pesawat terbabit terpaksa mengisi minyak semula sebelum terbang ke Dusseldorf dan mendarat lebih tiga jam kemudian.

"Kami sedang bekerjasama dengan WDL Aviation, pihak yang mengendalikan pesawat berkenaan bagi pihak British Airways untuk menentukan punca insiden," kata seorang jurucakap penerbangan.

Sementara itu, kebanyakan penumpang berasa kesal dengan kesilapan yang berlaku dan kesukaran yang terpaksa ditanggung akibat kelewatan. - AFP


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia