Pengangkutan percuma warga emas, OKU ke pusat rawatan terpilih

Tangkap layar Facebook MBSA pada Isnin.
Tangkap layar Facebook MBSA pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meneruskan perkhidmatan pengangkutan percuma kepada pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas bagi mendapatkan rawatan di pusat rawatan terpilih.

Penyediaan kenderaan komuniti itu merupakan tanggungjawab sosial korporat dan keprihatinan MBSA berikutan perkhidmatan pengangkutan kepada golongan terbabit terhad dan sukar didapati.

MBSA dalam satu kenyataannya di laman Facebooknya memaklumkan, kenderaan itu beroperasi pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

"Tempahan pula boleh dibuat dengan menghubungi Seksyen Kemasyarakatan, Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA di talian 03-55222732," kata kenyataan itu pada pada Isnin.

Berikut tujuh lokasi terpilih bagi perkhidmatan kenderaan komuniti:

1. Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam

2. Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam

3. Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang

4. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

5. Hospital Besar Sungai Buloh

6. Klinik Kesihatan Sungai Buloh

7. Pusat Perubatan Universiti Malaya Petaling Jaya (PPUM)