Remaja lemas jatuh sungai ketika berhari raya

Mangsa lemas ditemukan yang tergelincir dari jambatan dan jatuh ke dalam sungai di Kampung Banting, Sipitang ditemui ahli keluarga.
Mangsa lemas ditemukan yang tergelincir dari jambatan dan jatuh ke dalam sungai di Kampung Banting, Sipitang ditemui ahli keluarga.
A
A
A

SIPITANG - Aktiviti ziarah sebuah keluarga sempena Hari Raya Aidilfitr bertukar menjadi tragedi apabila seorang remaja lelaki lemas selepas tergelincir dari jambatan di Kampung Banting di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, remaja lelaki berusia 15 tahun itu ditemui lemas oleh ahli keluarganya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang Syahdennie Alidinsah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari sebelum enam anggota bergegas ke lokasi yang terletak sejauh 20 kilometer dari BBP Sipitang.

"Mangsa kemudian ditemui oleh keluarganya di sekitar lokasi dia jatuh pada jam 1.21 petang dan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa namun disahkan meninggal oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Sipitang untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 2.03 petang," katanya.