RM5.3 juta dalam tempoh empat hari

Foto Instagram
A
A

FILEM animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mencatat kutipan tiket RM5.3 juta dalam tempoh empat hari tayangannya.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Les' Copaque Production Sdn. Bhd. hari ini.

Filem ini diarahkan oleh tiga pengarah muda berbakat, Adam Amiruddin (Pengarah siri Upin & Ipin), Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim (Pengarah siri Puteri), dan Ahmad Razuri Roseli (Pengarah siri Pada Zaman Dahulu).

Ia turut dibintangi oleh Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd Amir Asyraf, Fakhrul Razi, dan Ernie Zakri.

Sudah menemui penonton di pawagam sejak 21 Mac lalu, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mempertaruhkan kisah-kisah rakyat dan mengetengahkan pelbagai watak dari kisah dongeng.

Ia mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”.

Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak dogeng seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang.

Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.

ARTIKEL BERKAITAN: Upin Ipin pula jadi mangsa