Terpaksa tahan sakit gara-gara cincin melekat pada kemaluan

Anggota bomba ketika menjalankan kerja mengeluarkan cincin yang melekat pada alat sulit mangsa dalam kejadian di bahagian kecemasan, Hospital Ampang di sini pada Ahad.
Anggota bomba ketika menjalankan kerja mengeluarkan cincin yang melekat pada alat sulit mangsa dalam kejadian di bahagian kecemasan, Hospital Ampang di sini pada Ahad.
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki warga Rohingya terpaksa menahan sakit lebih satu jam ketika anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan cincin yang melekat pada kemaluannya dalam kejadian di Hospital Ampang pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 9.20 malam.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 9.23 malam.

"Kejadian melibatkan seorang lelaki Rohingya berumur 26 tahun yang mana cincin melekat pada alat sulit mangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, anggota bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan cincin tersebut.

"Anggota bomba kemudian berjaya memotong cincin tersebut dan mengeluarkannya menggunakan peralatan khas.

"Mangsa yang dalam keadaan stabil diserahkan kepada pihak Hospital Ampang untuk tindakan lanjut," katanya.