Sila log masuk terlebih dahulu.

Gangguan air: Gesa MB Kelantan letak jawatan gimik politik

Kerajaan negeri berpandangan gesaan agar Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob meletakkan jawatan akibat isu gangguan bekalan air yang berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini adalah gimik politik. - Gambar hiasan
Kerajaan negeri berpandangan gesaan agar Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob meletakkan jawatan akibat isu gangguan bekalan air yang berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini adalah gimik politik. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri berpandangan gesaan agar Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob meletakkan jawatan akibat isu gangguan bekalan air yang berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini adalah gimik politik.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, kerajaan Kelantan sebaliknya sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air kepada rakyat di negeri itu.

Katanya, pelbagai langkah persediaan awal seperti menyediakan lori tangki dan tangki statik bagi menampung bekalan air di kawasan terjejas terutama pada musim cuti perayaan itu menerusi peruntukan sehingga RM 11.6 juta.

“Kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) ketika ini berusaha mengambil langkah drastik bagi meningkatkan tahap bekalan air.

“Beberapa Projek Loji Rawatan Air menunjukkan kemajuan bagi meningkatkan tahap pengeluaran bekalan dan mengatasi kadar kehilangan air tidak terhasil (NRW),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Pelan Induk AKSB bagi tahun 2021 sehingga 2030 menyasarkan untuk pengurangan NRW daripada 50 peratus kepada 30 peratus dan meningkatkan liputan bekalan air daripada 70 peratus kepada 95 peratus.

“Bagi isu Projek Loji Rawatan Air Kampung Telok yang dibangkitkan pula, AKSB dalam tindakan menyelesaikan pengeluaran sehingga 30 juta liter sehari (JLH) dengan syarikat kontraktor yang sedang menguruskannya.

“Justeru, gesaan yang meminta Menteri Besar meletak jawatan berdasarkan tulisan pemilik Facebook seorang individu 7 Mei lalu adalah gimik politik semata-mata,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu ujarnya, dakwaan penyelesaian isu bekalan air berkenaan dalam empat bulan tidak pernah dinyatakan oleh Menteri Besar, sebaliknya dikemukakan AKSB sebagai tempoh yang dijangka dapat menyelesaikan kadar pengeluaran air pada masa tersebut,” katanya.

Dalam isu berkaitan pada 30 April lalu, Sekretariat Save Kelantan mencadangkan satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kegagalan AKSB berkaitan tekanan rendah bekalan itu semasa kejadian kebakaran yang memusnahkan sembilan rumah di Berek 12, di sini, pada 28 April lalu.