X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Op Selamat: Memandu lebihi had laju antara kesalahan tertinggi dikesan

A
A

KUALA LUMPUR - Memandu melebihi had laju antara kesalahan tertinggi yang dicatatkan melibatkan enam kesalahan utama dalam tempoh sembilan hari Op Selamat 18 dilancarkan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, sebanyak 222,512 saman dikeluarkan setakat ini.

"Memandu melebihi had laju antara enam kesalahan utama yang mencatatkan saman tertinggi iaitu sebanyak 212,469 saman dikeluarkan diikuti 3,613 saman melibatkan kesalahan lampu isyarat.

"Selain itu, sebanyak 2,903 saman dikeluarkan terhadap kesalahan potong Q, 1,712 saman melibatkan alat komunikasi, 1,080 saman bagi kesalahan memotong garisan berkembar dan 735 saman memandu di lorong kecemasan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, sebanyak 148 kemalangan maut membabitkan 154 kes kematian direkodkan di seluruh negara dalam tempoh sembilan hari Op Selamat 18 dilancarkan.

"Sepanjang tempoh sama juga sebanyak 14,536 kes kemalangan dilaporkan.

"Statistik kemalangan Op Selamat 18 mencatatkan 14,536 kemalangan berbanding Op Selamat 15 yang hanya mencatatkan 14,250 kes kemalangan," katanya.

Menurutnya, penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang kematian tertinggi iaitu sebanyak 97 kes.

Bagi kes kemalangan melibatkan negeri pula, Selangor mencatatkan kes kemalangan tertinggi dengan 3,028 kes diikuti Johor, dengan 2,105 kes dan Perak 1,475 kes.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!