1,372 kes baharu Covid-19, tiga kematian

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,372 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Sabtu menjadikan angka jangkitan meningkat kepada 4,419,705 kes.

Ia membabitkan 1,367 kes tempatan manakala lima lagi kes adalah daripada pesakit yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal CovidNow melaporkan, tiga kematian baharu bagaimanapun tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Setakat ini angka kematian disebabkan Covid-19 berjumlah 36,579 orang.

Portal tersebut turut melaporkan sebanyak 23,276 kes aktif dengan 22,146 atau 95.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala seramai 19 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,025 kes pula dirawat di hospital dan 86 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 46 daripada 86 pesakit di ICU tersebut memerlukan memerlukan mesin ventilator.