MB letak jawatan Presiden SIGC

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun meletakkan jawatan sebagai Presiden Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) berkuat kuasa serta-merta.

Perkara ini dibuat bagi menghormati keputusan ahli kelab tersebut yang menarik semula larangan penjualan arak di SIGC, selepas mesyuarat luar biasa dilakukan pada Ahad lalu.

"Saya menghormati keputusan yang dibuat, dalam perlembagaan kelab membenarkan penjualan arak di situ dan dalam masa yang sama dalam perlembagaan itu, menteri besar secara automatik menjadi presiden kelab.

"Saya tidak kisah dengan keputusan yang dibuat, dengan itu saya memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden di SIGC, secara dasarnya saya sudah letakkan jawatan, dan surat mengenainya akan diserahkan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pelancaran dan Pemakaian Pangkat BGD Sukarelawan Skuad 69 Bagi Negeri Sembilan di Balai Raya Taman Desa Rhu, Sikamat, tadi.

Terdahulu, beliau menegaskan, akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC), jika ahlinya mengambil keputusan untuk menjual arak di kelab itu.

Aminuddin bergambar selepas merasmikan Program Pelancaran dan Pemakaian Pangkat BGD Sukarelawan Skuad 69 Bagi Negeri Sembilan di Balai Raya Taman Desa Rhu, Sikamat.
Aminuddin bergambar selepas merasmikan Program Pelancaran dan Pemakaian Pangkat BGD Sukarelawan Skuad 69 Bagi Negeri Sembilan di Balai Raya Taman Desa Rhu, Sikamat.

Katanya, sebaik sahaja dilantik sebagai presiden, beliau telah mencadangkan kepada jawatankuasa SIGC agar tidak menjual minuman keras dalam premis berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Gesaan itu dibuat selepas mengambil kira sensitiviti umat Islam yang rata-ratanya tinggal di sekitar taman perumahan yang berdekatan kelab ini.

Sejak 1991, menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri secara automatik dipilih sebagai presiden dan timbalan presiden kelab berkenaan.

Ahli hanya memilih dua naib presiden dan lima lagi individu untuk mengisi jawatankuasa tersebut.