Pemandu teksi maut kemalangan tercampak 10 meter dari kenderaan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pemandu teksi maut selepas tercampak keluar kira-kira 10 meter dari kenderaan yang dipandunya selepas terbabas di susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) awal pagi Ahad.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan pukul 6.14 pagi daripada orang awam yang melaporkan kemalangan di susur keluar klia2 membabitkan dua kenderaan.

Beliau berkata, jentera digerakkan dan tiba di lokasi kejadian pada jam 6.24 pagi sebelum operasi menyelamat ditamatkan jam 6.50 pagi.

"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan menyebabkan pemandu teksi jenis Toyota Innova berumur 38 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian...seorang lagi mangsa yang memandu Perodua Alza tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad. - Bernama