Tol percuma: Keluar plaza tol sebelum 12 tengah malam

Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengingatkan orang ramai yang mahu mendapatkan inisiatif tol percuma supaya bergerak keluar dari plaza tol keluar lebuh raya sebelum jam 11.59 malam Ahad.

Menerusi ciapan di Twitternya, LLM pada Ahad turut menyarankan orang ramai supaya keluar terlebih dahulu di plaza tol berhampiran sekiranya mendapati sudah menghampiri tempoh tamat mendapatkan tol percuma itu.

“Ingat, plaza tol keluar, sentuh kad Touch N Go, Smart Tag atau lorong RFID sebelum jam 11.59 malam ini, bukan di plaza tol masuk,” menurut ciapan tersebut.

Bersempena sambutan Aidilfitri, tol percuma diberikan kepada pengguna untuk tempoh empat hari bermula pada jam 12 tengah malam 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam 1 Mei 2022 (Ahad) dan pada jam 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) hingga jam 11:59 malam 8 Mei ini (Ahad).