Lantikan pengerusi baharu PAC lepas kes selesai

Kor Ming ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Kor Ming ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi baharu Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen (PAC) hanya akan dilantik selepas kes yang sedang dijalankan oleh penyandangnya selesai.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu menambah, pejabat Speaker Dewan Rakyat akan mencari masa sesuai untuk mencari pengganti penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee selepas kes berkenaan dapat diselesaikan PAC.

“Memandangkan ketika ini banyak kes sedang didengar PAC, saya rasa pihak pejabat Speaker dan juga kerajaan, kita akan cari yang masa sesuai untuk pilih seorang pengerusi baharu mengikut ikut apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua ahli PAC pembangkang letak jawatan

https://www.sinarharian.com.my/article/20047/BERITA/Nasional/Semua-ahli-PAC-pembangkang-letak-jawatan

“Tempoh berapa lama kita akan cari masa yang sesuai, kerana kes sedang didengar, saya rasa ia perlu ada kesimpulan, bila kes yang didengar itu akan selesai,” katanya ketika ditemui media di Lobi Parlimen, hari ini.

Kor Ming bagaimanapun tidak memberi jangka masa khusus yang akan ditetapkan untuk pelantikan pengerusi baharu bagi menggantikan ahli Parlimen Beluran itu.

Artikel Berkaitan:

“Perdana Menteri dah menjawab dalam masa paling singkat, saya yakin PH akan tepati janji dalam manifesto.

“Perlu diberitahu, semasa Ronald dilantik, adalah atas dasar pembangkang, cuma sekarang beliau masuk menyertai parti dalam kerajaan, itu isu ini timbul.

“Tetapi pelantikan baharu bukan hari ini, tunggu pada masa yang sesuai,” ujarnya.

Sewaktu persidangan pagi ini, isu berkenaan turut dibangkitkan ahli Dewan yang menuntut agar usul untuk mebincangkan pelantikan pengerusi PAC baharu dibuat.

Usul berkenaan dicadangkan Lim Lip Eng (DAP-Kepong) dan disokong Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian).

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bagaimanapun berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.

“Kita akan ambil maklum dan bawa dalam perbincangan,” katanya.