Lebuh raya utama makin sesak

Aliran trafik di MRR2 dilaporkan semakin sesak setakat jam 2 petang berikutan pertambahan kenderaan di kawasan terbabit. - Foto: Twitter LLM Trafik
Aliran trafik di MRR2 dilaporkan semakin sesak setakat jam 2 petang berikutan pertambahan kenderaan di kawasan terbabit. - Foto: Twitter LLM Trafik
A
A
A

SHAH ALAM - Aliran trafik di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dilaporkan semakin sesak setakat jam 2 petang berikutan pertambahan kenderaan di kawasan terbabit.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, kesesakan berlaku di MRR2 menghala ke Plaza Tol Gombak sepanjang 21 kilometer (KM) dari Gombak hingga KM 40.8 Bukit Tinggi.

Aliran trafik turut dilaporkan sesak sepanjang tujuh KM dari KM 43.7 Bukit Tinggi hingga KM 50.7 Lentang.

Sementara itu di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), trafik dilaporkan perlahan di beberapa laluan melibatkan Tanjung Malim - Slim River - Bidor; Tapah ke Gopeng; sebelum Terowong Menora ke kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Perak; Kuala Kangsar ke Changkat Jering dan Bandar Baharu - Jawi - Bandar Cassia ke Bukit Tambun.

LLM turut memaklumkan terdapat kemalangan di KM249.7 arah Utara dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar mengakibatkan lorong kecemasan terhalang.