Aidilfitri: Bekalan telur ayam, minyak masak di Labuan mencukupi

Warga Labuan kini dapat menikmati bekalan telur ayam dan minyak masak mencukupi dengan harga murah susulan Inisiatif Jaminan Bekalan Makanan dan Jualan Murah menjelang Aidilfitri yang dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerusi Perbadanan Labuan (PL), ketika tinjauan pada hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

LABUAN - [DIKEMAS KINI] Pembekalan telur ayam dan minyak masak di pulau bebas cukai Labuan adalah mencukupi bagi memenuhi permintaan orang ramai di sini menjelang ketibaan sambutan Aidilfitri.

Sehubungan itu Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail meminta orang ramai supaya jangan bimbang dan mengelak daripada membuat pembelian panik, kerana bekalan sedia ada adalah lebih daripada mencukupi untuk sambutan hari perayaan ini.

"Jangan percaya dengan maklumat palsu. Bekalan semasa adalah lebih daripada mencukupi... kita juga memang sudah bersiap sedia dengan penyelesaian sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan pembekalan dua barang itu,” katanya selepas menjalankan pemeriksaan bekalan di dua buah pasar raya di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menghantar bekalan 1.25 juta telur ayam dan 42,500 paket minyak masak bagi memenuhi permintaan di bulan Ramadan serta menjelang sambutan Aidilfitri. - Bernama