Poland akui sekatan Barat ke atas Rusia tidak berkesan

Mateusz Morawiecki
Mateusz Morawiecki
A
A
A

WARSAW - Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki pada Rabu berkata, Rusia berjaya dalam sekatan ekonomi yang dilaksanakan oleh Barat.

"Setakat ini, kami melihat bahawa Rusia, malangnya menghadapi dengan baik sekatan (yang dilaksanakan oleh Barat)," katanya kepada pemberita.

Moscow telah pun mengesahkan kegagalan rancangan negara-negara yang tidak mesra dengannya untuk dengan melaksanakan sekatan ekonomi ke atasnya.

“Selangkah demi selangkah, menggunakan pelbagai alasan, kadang-kadang tanpa sebarang alasan, mereka (negara-negara yang tidak mesra dengan Rusia) memperkenalkan sekatan baharu,” kata Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Putin pada Rabu turut menyatakan bahawa Moscow berjaya menangkis sekatan tersebut.

Presiden Rusia itu mengarahkan kerajaan untuk terus mengusahakan langkah-langkah antikrisis akibat Perang Ukraine.

Sementara itu, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen mengumumkan bahawa EU sedang berusaha "secara intensif" pada rancangan baharu yang melanda Moscow. - Agensi.