Hampir 800,000 kanak-kanak Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

Foto 123rf
Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 785,432 atau 22.1 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat pada Rabu.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,511,678 atau 42.6 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,890,870 atau 92.9 telah lengkap vaksinasi manakala 2,989,453 dan 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,024,957 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,965,989 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,458 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 34,833 dos vaksin Covid-19 harian diberikan pada Rabu, melibatkan 7,805 dos pertama, 22,822 dos kedua dan 4,206 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,197,502.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia hanya enam kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, manakala masing-masing satu kes di Johor, Melaka dan Pulau Pinang. - Bernama