Peniaga diingatkan tak jual daging lembu lebihi harga ditetapkan

Hee Sem (dua dari kiri) menunjukkan bawang besar merah yang tersenarai dalam skim kawalan harga ketika hadir merasmikan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2022 peringkat negeri di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh pada Rabu. -Foto Bernama
Sebanyak 19 jenis barangan yang ditetapkan harga maksimum semasa pelaksanaan skim tersebut yang melibatkan kategori hasil laut, barangan kering sayuran dan daging.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Hee Sem (dua dari kiri) menunjukkan bawang besar merah yang tersenarai dalam skim kawalan harga ketika hadir merasmikan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2022 peringkat negeri di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh pada Rabu. -Foto Bernama Sebanyak 19 jenis barangan yang ditetapkan harga maksimum semasa pelaksanaan skim tersebut yang melibatkan kategori hasil laut, barangan kering sayuran dan daging. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengingatkan penjual daging lembu supaya tidak mengambil kesempatan menjual melebihi harga ditetapkan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2022.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, KPDNHEP tidak berkompromi dengan mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan dan akan terus dikompaun.

"Kebiasaannya dua atau sehari sebelum sambutan Aidilfitri juga terdapat peniaga-peniaga yang menjual daging tempatan semasa musim perayaan sahaja namun mereka juga diingatkan tidak menaikkan harga sesuka hati dan menjual dengan harga ditetapkan iaitu RM39 sekilogram.

"Walaupun setakat ini tiada aduan diterima namun pemantauan penguatkuasaan akan dilaksanakan di pasar-pasar juga melibatkan gerai jualan di tepi jalan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan SHMMP peringkat negeri di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh pada Rabu.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata, sebanyak 19 jenis barangan ditetapkan harga maksimum semasa pelaksanaan skim tersebut melibatkan hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging.

Beliau berkata, penentuan harga barangan itu dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan mengambil kira faktor perubahan harga khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi oleh harga daripada negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak.

Katanya, sekiranya didapati ada peniaga tidak mematuhi undang-undang ditetapkan dengan skim itu, pengguna boleh menyalurkan aduan melalui saluran seperti portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi Ez ADU, atau hadir ke pejabat KPDNHEP Melaka dan sebagainya.

Dalam pada itu, Hee Sem berkata, pengguna di negeri itu tidak perlu bimbang dengan bekalan ayam dan telur di Melaka yang didapati mencukupi untuk kegunaan orang ramai ketika sambutan Aidilfitri selain pihaknya masih belum menerima aduan mengenai kekurangan bekalan barangan tersebut.

Beliau berkata, sebanyak 70 penguat kuasa juga akan bertugas di lapangan untuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan harga barangan di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. - Bernama