Remaja ditemui mati dalam kereta

Seorang remaja berusia 18 tahun ditemukan maut dalam kereta Proton Satria miliknya yang di parkir di hadapan sebuah kedai perabot di Ketereh, Kota Bharu pada Selasa.
Seorang remaja berusia 18 tahun ditemukan maut dalam kereta Proton Satria miliknya yang di parkir di hadapan sebuah kedai perabot di Ketereh, Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A
KOTA BHARU - Seorang remaja ditemukan maut dalam kereta Proton Satria miliknya yang diparkir di hadapan sebuah kedai perabot di Ketereh di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang menimpa remaja berusia 18 tahun itu pada jam 10.05 pagi.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati mangsa berada di tempat pemandu dalam keadaan berbaring dan tempat duduknya direndahkan ke bawah.

Beliau berkata, semasa ditemukan mangsa berpakaian lengkap dan tiada sebarang kesan pecah pada kereta remaja berkenaan.

Mohd Rosdi berkata, pemeriksaan juga mendapati ketika kejadian kereta tidak berkunci dan semua barangan mangsa berada di sampingnya.

"Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada apa-apa kesan luka atau unsur jenayah. Mayat remaja berkenaan kemudian dibawa ke unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.

"Hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati kematian mangsa berpunca daripada pendarahan pada paru-paru yang disyaki kesan terhidu gas di dalam kereta," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Balai Polis Ketereh.

Artikel Berkaitan: