[VIDEO] 'Beriadah boleh tapi jangan merosakkan'

Remaja yang dikesan melakukan vandalisme pada papan tanda yang terdapat di kawasan itu.
Remaja yang dikesan melakukan vandalisme pada papan tanda yang terdapat di kawasan itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan kumpulan remaja yang bertindak merosakkan papan tanda di kawasan Projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) Medan Pasar pada Sabtu.

Perbuatan vandalisme yang dilakukan oleh beberapa remaja itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

Dipercayai tiang pada papan tanda mengenai larangan motosikal masuk ke kawasan itu telah dicabut oleh remaja yang sedang bermain papan selaju di kawasan itu sekitar jam 11.15 malam.

DBKL dan PDRM sedang mengesan remaja yang bertindak merosakkan harta benda awam di kawasan Projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) Medan Pasar pada Sabtu.
DBKL dan PDRM sedang mengesan remaja yang bertindak merosakkan harta benda awam di kawasan Projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) Medan Pasar pada Sabtu.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kemas kini di Facebook pada Ahad berkata, anggota DBKL telah pergi ke lokasi itu kira-kira 30 minit kemudian untuk tindakan susulan namun remaja berkenaan telah melarikan diri.

Menurut kenyataan itu, DBKL dengan kerjasama polis kini sedang mengesan pelaku berkenaan.

"Mereka yang melakukan salah laku terhadap harta awam boleh dikenakan denda sehingga maksimum RM2,000.

"Beriadah boleh tapi jangan merosakkan," menurut kenyataan itu pada Ahad.