X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

9 kematian baharu akibat Covid-19 direkod

KKM merekodkan sebanyak sembilan kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak sembilan kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu.

Jumlah itu termasuk dua kes kematian di luar hospital (BID), sekali gus menjadikan kumulatif kematian berjumlah 35,491.

Menurut data di portal CovidNow, kematian tertinggi dilaporkan di Kedah dengan enam kes termasuk dua kes BID.

Ia diikuti Johor, Sabah dan Sarawak dengan masing-masing satu kes kematian.

Tiada kematian dicatatkan di 12 negeri dan kawasan melibatkan Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga lewat malam Sabtu juga, negara merekodkan sebanyak 5,624 kes baharu Covid-19 membabitkan 5,607 penularan tempatan dan 17 penularan import.

Ia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan meningkat kepada 4,427,067 kes dengan kes aktif yang dilaporkan sebanyak 80,977.

Daripada jumlah kes aktif terbabit, 1,605 kes dirawat di hospital dengan 32 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang tidak memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 57 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pesakit yang menjalani kuarantin di rumah pula berjumlah 79,149 sementara yang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) adalah seramai 134 orang.

Kes sembuh yang dicatatkan pula sebanyak 10,041 menjadikan keseluruhan kes sembuh sehingga kini sebanyak 4,310,599.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!