Pemuzik OKU raih rezeki melalui platform digital

A
A
A

No Image Caption

Sejak wabak melanda, komuniti kurang upaya lalui pelbagai cabaran berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan peluang mencari rezeki berkurangan.

Namun, melalui teknologi digital mereka menjadikan cabaran itu satu peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka bagi meraih rezeki untuk kelangsungan hidup.

Maxis sebagai rangkaian yang memperkasakan semua rangkaian di Malaysia meraikan rakyat dengan satu semangat dan inspirasi pada hari raya ini.

Kali ini, Maxis melalui kempen Riang Raya Maxis memacu kesedaran terhadap kepentingan teknologi dan kesalinghubungan dalam menghubungkan semua rangkaian serta membuka peluang baharu.

Kempen ini menunjukkan cara pemuzik jalanan mempersembahkan lagu raya melalui kiub maya. ‘Kiub’ ini terbuka kepada orang ramai di NU Sentral, Kuala Lumpur, dan Kota Bharu Mall, Kota Bharu, manakala lagu-lagu yang dibawakan mereka juga akan dimainkan di Maxis Stores seluruh negara.

Dengan teknologi, pemuzik boleh membuat persembahan di satu-satu tempat sekali gus. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung dan nikmati muzik yang penuh nostalgia ini.

Persembahan lagu raya menerusi kiub maya boleh tonton di mana-mana juga dalam satu masa sambil anda menderma.
Persembahan lagu raya menerusi kiub maya boleh tonton di mana-mana juga dalam satu masa sambil anda menderma.

Filem utama kempen iaitu Last Kopek, menceritakan kisah pahit manis kumpulan pemuzik yang tabah menghadapi cabaran namun mampu membina kebolehan masing-masing.

Filem ini memberi dorongan dan inspirasi pelbagai komuniti di seluruh negara, sambil mengajak penonton berkongsi keberkatan raya dengan mereka melalui muzik di platform digital.

Rakyat Malaysia juga boleh menonton temu bual video pendek dengan mereka di media sosial dan laman web Maxis.

“Walaupun ramai yang berjaya dengan penggunaan digital ketika pandemik, mata pencarian sesetengah komuniti bergantung kepada akses hubungan dengan orang lain. Kami mahu penggunaan teknologi mendekatkan rakyat Malaysia, pada masa yang sama membuka potensi mereka. Kami percaya teknologi boleh menghubungkan semua orang dalam apa juga cara dan kami sentiasa berada di hadapan bersama-sama,” kata Ketua Jenama & Pemasaran Maxis, Tai Kam Leong.

Bagi mencapai skala lebih luas, Maxis bekerjasama dengan Persatuan OKU Sentral untuk membantu komuniti OKU aktif di lapangan, melebarkan sayap dan rezeki mereka melalui kuasa teknologi.

Gabungan Maxis dan Persatuan OKU Sentral menampilkan pemuzik kurang upaya, kumpulan Eyelitz yang cacat penglihatan dan Hand membuat persembahan dalam pertunjukan pentas maya.

Marilah sama-sama berkongsi rezeki dengan komuniti ini dengan cara menderma kepada Persatuan OKU Sentral dan terus menyokong mereka. Imbas kod QR pada skrin, sambil mendengar muzik anda juga boleh membantu komuniti kurang upaya dengan cara menderma!

No Image Caption

Selain itu, Maxis komited untuk memperkenalkan pendigitalan OKU dengan menyesuaikan bengkel digital untuk mereka di bawah inisiatif eKelas Usahawannya.

OKU insan istimewa dan mempunyai bakat luar biasa, mereka sering menjadi pengguna awal teknologi yang membolehkan mereka melakukan lebih banyak lagi.

“Ia memberi inspirasi untuk melihat bagaimana kami boleh memperkasakan mereka dan mengembangkan pendapatan mereka melalui alatan digital yang betul. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Maxis untuk membawa impak positif kepada komuniti ini dan memastikan mereka tidak ketinggalan,” kata Presiden Persatuan OKU Sentral yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Sempena raya, Maxis komited untuk memastikan digital dan perantinya lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia menerusi lebih 30 peranti mudah alih dan peranti rumah dengan diskaun sehingga 90%. Maxis bersedia menghimpunkan teknologi terbaik bagi membolehkan orang ramai, komuniti perniagaan malah negara sentiasa mendahului peredaran semasa dunia.

Sebagai rakan kongsi bina negara, Maxis mahu membangunkan sebuah syarikat yang lebih mampan dengan membawa amalan terbaik dari segi alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Ini diperkukuhkan lagi dengan pelbagai inisiatif selama bertahun-tahun iaitu bermula daripada pembelajaran digital selepas sekolah, penguasaan digital yang lebih luas untuk usahawan wanita, usaha kemanusiaan, membina masa depan generasi lelaki dan wanita, pendidikan STEM, bakat kepimpinan serta inovasi.

Jom tonton Maxis Iklan Raya 2022 | Last Kopek: https://www.maxis.my/Lvrx