Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiada pakatan sulit pemimpin politik dengan Ketua Hakim Negara

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, menafikan bahawa Ketua Hakim Negara pernah berkomunikasi atau dihubungi mana-mana pemimpin politik berhubung dengan kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia merujuk kepada hantaran di laman Facebook menggunakan profil Shahir Samad-Tok Uban pada Rabu, yang didakwa menuduh Ketua Hakim Negara bersetuju untuk membantu mempercepatkan kes dan jatuh hukum dua pemimpin UMNO tersebut.

Menerusi kenyataan media, pejabat itu turut menafikan tuduhan bahawa wujudnya konspirasi, pakatan sulit atau pakatan haram antara pemimpin politik dengan Ketua Hakim Negara.

Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah dibuat berhubung isu tersebut.

"Kes-kes yang belum selesai di mahkamah hendaklah berjalan dan diteruskan mengikut undang-undang, tanpa campur tangan oleh Ketua Hakim Negara atau orang lain.

"Kami menegaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan tuduhan tersebut adalah bertujuan untuk memburukkan imej serta menyebabkan orang awam hilang kepercayaan terhadap badan kehakiman," katanya.

Selain itu, tuduhan-tuduhan ini bertujuan untuk subvert (menumbangkan) pentadbiran keadilan dari segi perbicaraan kes yang belum selesai.

Menerusi carian profil Facebook Shahir Samad-Tok Uban, kenyataan tersebut dibuat pada Rabu, menerima 400 reaksi daripada pelayar dengan 98 komen dan 15 perkongsian.

Artikel Berkaitan: