Pemilik syarikat, pengurus kemuka tuntutan palsu ditahan SPRM

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Seorang pemilik syarikat syarikat pembinaan dan seorang pengurus syarikat pangkalan pelabuhan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM150,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 30 dan 39 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pada pukul 6 petang dan 8.30 malam pada Selasa selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada tahun lalu, pengurus besar syarikat pangkalan pelabuhan tersebut telah meluluskan tiga tuntutan pembekalan dan pemasangan kabin daripada pemilik syarikat pembinaan berkenaan sedangkan ia tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu bagi mendapatkan permohonan reman.