Pekerja JKM maut motosikal terlibat kemalangan

Keadaan motosikal milik seorang pekerja am di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM yang terlibat kemalangan di Jalan Kuil Pengkalan, pada malam Isnin.
Keadaan motosikal milik seorang pekerja am di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM yang terlibat kemalangan di Jalan Kuil Pengkalan, pada malam Isnin.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang pekerja am di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM yang juga orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal dalam kejadian di Jalan Kuil Pengkalan di sini, pada malam Isnin.

Mangsa dikenali sebagai K Mahendran, 40, maut di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal yang merupakan pekerja kilang cedera parah dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa OKU yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan ke arah Pengkalan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

Menurut Arshad, pada masa sama sebuah motosikal jenis Honda yang dalam perjalanan menuju ke arah Alor Gajah gagal menggelak lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

"Mangsa yang bekerja sebagai pekerja am di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami cedera parah di kepala manakala pekerja kilang yang cedera parah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita, pada Selasa.

Kata Arshad, kedua-dua motosikal ditahan untuk dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom)

Kes disiasat disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.