Dua lelaki ditahan, mercun RM31,000 dirampas

Suspek ditahan bersama 31 kotak mercun pelbagai jenis di sebuah premis di Taman Bukit Kempas. - Foto PGA
Suspek ditahan bersama 31 kotak mercun pelbagai jenis di sebuah premis di Taman Bukit Kempas. - Foto PGA
A
A
A

JOHOR BAHRU - Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menahan dua lelaki warga tempatan dan merampas 31 kotak mercun pelbagai jenis bernilai RM31,000 di sebuah premis di Taman Bukit Kempas di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki berusia 37 dan 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya, PGA turut merampas sebuah van jenis Daihatsu Gran Max.

"Premis tersebut dipercayai dijadikan sebagai pusat simpanan mercun oleh suspek sebelum diedarkan kepada peniaga kecil.

"Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.