Arteta akui Arsenal persia peluang

Antara aksi menarik perlawanan Arsenal menentang Southampton di St Mary's.
Antara aksi menarik perlawanan Arsenal menentang Southampton di St Mary's.
A
A
A

ARSENAL mempersiakan peluang merampas kedudukan keempat saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas kepada Southampton 1-0 pada Sabtu, sekali gus menyempitkan laluan ke Liga Juara-Juara musim depan.

Menurut pengendali Arsenal, Mikel Arteta kekalahan ke-11 liga selepas mengharungi 31 perlawanan tersebut secara tidak langsung menjarakkan lagi kedudukan dengan penghuni tangga keempat Tottenham Hotspur.

"Sejujurnya kehadiran kami ke sini adalah untuk meraih keputusan positif dengan bermula baik apabila menguasai perlawanan selain mencipta beberapa peluang menjaringkan gol. Namun penguasaan bola dalam kalangan pemain Arsenal sepanjang permainan gagal diterjemahkan dalam percubaan mengancam dan bentuk jaringan.

"Jika seseorang tidak mengetahui skor, sedang menonton perlawanan dan bertanya siapa memenangi perlawanan, mereka tentunya akan mengatakan Arsenal memenanginya dengan selesa sebaliknya ia tidak berlaku.

"Sukar untuk dijelaskan situasi sebenarnya kerana ini bola sepak bukan bola keranjang. Harus juga diingat Southampton mempunyai penjaga gol yang luar biasa," katanya.

Kelab sensasi London itu sebelum ini berputih mata kali ketiga berturut-turut kepada The Saints di Stadium St Mary's selepas voli Jan Bednarek minit ke-44 menghadiahkan kemenangan kesembilan liga tuan rumah selepas mengharungi 32 perlawanan.

Tonggak The Gunners, Emile Smith Rowe terlepas peluang terbaik merobek gawang tuan rumah apabila volinya gagal menjinakkan penjaga gol The Saints, Fraser Forster.

Kekalahan itu menyaksikan Arsenal gagal menyaingi jiran tetangga London Utara Tottenham Hotspur yang turut tewas 0-1 kepada Brighton & Hove Albion di Stadium Tottenham Hotspur.

Artikel Berkaitan:

Anak buah Arteta kekal tiga mata di belakang Spurs dengan satu perlawanan dalam tangan.

Keputusan termasuk dengan kemenangan 3-2 Manchester United di laman sendiri kepada Norwich bermakna The Gunners sebenarnya merosot ke tempat keenam.

KEPUTUSAN

Manchester United 3-2 Norwich City

Cristiano Ronaldo 7', 32', 76'

Dowell 46'

Pukki 52'

Tottenham 0-1 Brighton

Trossard 90'

Southampton 1-0 Arsenal

Bednarek 44'

Watford 1-2 Brentford

Nørgaard 15'

Dennis 55'

Jansson 95'