Palace tak boleh leka berdepan Chelsea

Viera - Foto Getty Images
Viera - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Crystal Palace, Patrick Vieira memberikan amaran kepada skuad kendaliannya agar tidak leka selain mengambil mudah aksi berdepan Chelsea pada aksi separuh akhir Piala FA di Selhurst Park pada Ahad.

Menurutnya, biarpun The Blues dilihat seakan kepenatan setelah mengharungi aksi getir dalam saingan Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk The Eagles beraksi hambar kali ini.

“Kita tahu Chelsea telah mengharungi aksi tambahan masa pada saingan suku akhir kedua Liga Juara-Juara minggu ini, tetapi itu tidak bermakna mereka dalam ‘keletihan’ dan tidak bersedia secukupnya untuk aksi separuh akhir Piala FA ini.

“Lagi pun, kita percaya The Blues pastinya sudah merencana taktikal terbaik bagi mencatatkan kemenangan pada aksi separuh akhir kali ini.

“Oleh itu, saya ingatkan pemain agar tidak leka selain mengambil mudah aksi berdepan Chelsea Ahad ini, tetapi sebaliknya perlu beraksi bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Viera menegaskan dia tidak mahu mahu memperjudikan nasib dua pemain mudanya, Tyrick Mitchell dan Michael Olise untuk mengharungi aksi separuh akhir Piala FA berdepan Chelsea.

Katanya, kedua-dua pemain berkenaan dikesan mengalami sedikit kecederaan, namun turut mengikuti sesi latihan pasukan menjelang aksi separuh akhir Piala FA berdepan Chelsea.

“Mitchell baru sahaja kembali daripada tugasan bersama skuad bawah 21 tahun Perancis, manakala Olise pula baru sahaja pulih daripada kecederaan betis.

Artikel Berkaitan:

“Apa pun, kita akan cuba turunkan kesebelasan terbaik bagi mencatatkan kejayaan nanti,” katanya.