PM berbuka puasa bersama warga IPT

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad beramah mesra bersama orang ramai pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Institut Pengajian Tinggi di Kompleks Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan warga universiti di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 700 tetamu itu, turut disertai Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Pelajar IPTA dan IPTS yang hadir ke majlis itu antaranya dari Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Multimedia, politeknik dan kolej komuniti.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 38 anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Miskin Rukaiyah, Sungai Merab Luar, Kajang.

Ismail Sabri menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah di Seri Perdana. - Bernama

Artikel Berkaitan: