Rakan Youtuber didakwa bunuh kekasih

Abdul Jamal dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Jumaat atas tuduhan membunuh kekasihnya awal bulan ini.
Abdul Jamal dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Jumaat atas tuduhan membunuh kekasihnya awal bulan ini.
A
A
A

BALIK PULAU - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan membunuh kekasihnya awal bulan ini.

Bagaimanapun, Abdul Jamal Ahmad, 23, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Abdul Jamal didakwa membunuh Nur Diyanah Haris, 21, di sebuah rumah di Lintang Kampung Masjid 3, Balik Pulau, Teluk Kumbar di sini antara jam 9 pagi dan 5 petang pada 3 April lalu.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nur Fadrina kemudiannya memberitahu Abdul Jamal tiada jaminan ditawarkan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Bagaimanapun, anda boleh melantik peguam dan memohon jaminan di Mahkamah Tinggi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dia kemudian menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Difahamkan, tertuduh pernah dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney sebelum ini selain berkawan dengan YouTuber terkenal.

Pada 5 April lalu, empat lelaki ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes seorang wanita yang meninggal dunia akibat dipukul dalam kejadian 2 April lalu.

Mangsa yang berusia 20 tahun dikejarkan ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri dan kritikal.

Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat kesan lebam di kepala serta seluruh tubuhnya.

Mangsa yang menetap di Melaka itu datang ke negeri ini bersama teman lelakinya pada 27 Mac lalu untuk tujuan penggambaran dan kedua-dua mereka tinggal di rumah sewa rakan namun berlaku pertengkaran dipercayai akibat cemburu.