Sasar pungut 100,000kg bahan kitar semula

Mohd Zain (tiga dari kanan) dan Hamdan (dua dari kanan) mendengar penerangan mengenai penggunaan plastik mudah urai oleh kakitangan Alam Flora pada Kempen `Katakan Tidak Pada Beg Plastik Sekali Guna' dan pengagihan 1,000 bubur lambuk di Bazar Ramadan Mahkota Square, di sini, pada petang Khamis.
Mohd Zain (tiga dari kanan) dan Hamdan (dua dari kanan) mendengar penerangan mengenai penggunaan plastik mudah urai oleh kakitangan Alam Flora pada Kempen `Katakan Tidak Pada Beg Plastik Sekali Guna' dan pengagihan 1,000 bubur lambuk di Bazar Ramadan Mahkota Square, di sini, pada petang Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) menyasarkan 100,000 kilogram (kg) bahan kitar semula untuk dipungut sehingga penghujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, bagi mencapai sasaran itu telah melaksanakan program ‘3R on Wheels’ bagi mengalihkan sisa kitar semula daripada dihantar ke tapak pelupusan sampah.

Menurutnya, kitar semula secara bergerak menggunakan 3R on Wheels ke arah menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan alam sekitar yang bersih dan kehidupan lestari.

"Dalam tempoh tiga bulan, kita berjaya mengumpul 24,000 kg, namun kita menyasarkan kutipan 100,000 pada penghujung tahun ini.

"Kutipan ini selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SONG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2030," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Kempen `Katakan Tidak Pada Beg Plastik Sekali Guna' dan pengagihan 1,000 bubur lambuk di Bazar Ramadan Mahkota Square, di sini, pada petang Khamis.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Datuk Hamdan Hussin.

Mohd Zain menjelaskan, plastik mengambil masa 400 sehingga 1,000 tahun untuk diuraikan secara semulajadi.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, plastik ini menjana lebih banyak sisa timbunan sampah di tempat pembuangan sampah atau hanyut ke lautan dan membahayakan hidupan laut.

"Saya akui bukan mudah sebagai pengguna untuk membawa sendiri beg guna semula atau bekas makanan tetapi yakin dengan kempen dan program kesedaran berterusan daripada Alam Flora.

"Ia mampu memberi kesedaran mengenai kesan plastik sekali guna terhadap pencemaran alam," ujarnya.

Sementara itu, Hamdan memaklumkan pihaknya turut melaksanakan program pertukaran sampah kepada wang menerusi program 'jangan buang, ini duit'.

Katanya, mampu menarik minat masyarakat untuk mengitar semula sampah seterusnya dijadikan sumber pendapatan sampingan.

"Inisiatif itu sekali gus mampu mengurangkan beban pusat pelupusan sampah di Pahang yang berdepan dengan isu pembuangan sisa pepejal," ujarnya.