X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Covid-19: 18 kematian baharu direkodkan, lima BID

Kes baharu Covid-19 pada Khamis adalah sebanyak 10,413 kes manakala kes sembuh baharu pula adalah sebanyak 13, 202 kes. Foto hiasan
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 18 kematian baharu akibat Covid-19 pada Khamis.

Daripada jumlah tersebut, lima kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,381 orang daripada lebih 4.3 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, kes kematian itu direkodkan di 10 negeri dengan Kedah, Perak dan Johor masing-masing tiga kes.

Sementara itu, dua kes kematian dicatatkan bagi negeri Negeri Sembilan dan Pahang, manakala Selangor, Putrajaya, Terengganu, Sabah dan Sarawak satu kes.

Bagi kes BID pula, dua kes direkodkan di Kedah, manakala Perak, Johor dan Sarawak masing-masing satu kes.

Kes baharu Covid-19 pada Khamis adalah sebanyak 10,413 kes manakala kes sembuh baharu pula adalah sebanyak 13, 202 kes.

Dalam pada itu, terdapat 117,785 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 114,854 individu dikuarantin di rumah manakala 366 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 2,411 kes dirawat di hospital dan 154 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 65 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 89 lagi memerlukan mesin ventilator.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!