Satira monyet: Fahmi Reza ditahan

Fahmi Reza
Fahmi Reza
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menahan pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza untuk membantu siasatan berhubung satira monyet berpakaian ala pakaian seragam diraja yang dimuat naik menerusi beberapa platform media sosial miliknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengesan satira tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Fahmi Reza pada Rabu.

"Hantaran tersebut telah mendapat sekitar 12,000 respon, 3,400 komen dan dikongsi 966 kali sejak dimuat naik dan telah mengundang kemarahan warganet yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan.

"Disahkan Fahmi Reza ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan pihak polis akan mohon perintah reman esok di Mahkamah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Fahmi dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis berkata, PDRM sudah memanggil dirinya untuk dirakam keterangan berhubung satira yang dimuatnaiknya itu.

Mengulas lanjut, Abd Jalil berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan meminta orang awam supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut serta lebih cakna terhadap isu melibatkan institusi diraja.

"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelah (USJKT), Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," ujarnya.

Artikel Berkaitan: