Emas 'Oro Italia 916' dapat sambutan memberangsangkan

Meer Sadik
Meer Sadik
A
A
A

HABIB Jewels Sdn Bhd (Habib Jewels) optimis jualan emas akan yang terus meningkat pada tahun ini berbanding dengan dua tahun sebelumnya terutamanya emas jenis ‘Oro Italia 916’ mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan pembeli.

Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasarannya Mohd Zaruddin Mahmud berkata, emas jenis berkenaan menjadi pilihan utama kerana koleksi emas itu mempunyai kekemasan yang halus, berkualiti serta reka bentuk barunya yang cantik.

Beliau berkata emas buatan Itali itu membuatkannya ia lebih eksklusif berbanding emas 916 yang lain dan ia menjadi tarikan utama pelanggan terutamanya di rangkaian kedai emas Habib Jewels di seluruh negara.

"Kami yakin pada fasa peralihan ke endemik ini ramai yang boleh bekerja sekali gus memperoleh pendapatan stabil dan pada masa yang sama membeli emas sama ada untuk dipakai atau sebagai pelaburan bagi tempoh jangka panjang.

"Pada tahun ini, selepas sektor perniagaan dibenarkan dibuka sepenuhnya termasuklah kedai emas, Habib Jewels menyasarkan 200 pelanggan akan mengunjungi setiap cawangan di seluruh negara berbanding sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian pembukaan Bilik Pameran Habib Jewels ke-32 di Batu Pahat Mall, di sini, pada Khamis.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Meer Sadik Habib.

Mohd Zaruddin berkata, harga jualan emas kini semakin meningkat setiap hari, justeru orang ramai diminta merebut peluang untuk mendapatkannya kerana ia satu pelaburan yang menguntungkan.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai contoh, harga pasaran emas dunia semalam adalah AS$1,932 untuk satu auns, naik kepada AS$1,973 pada Khamis dan ia dijangka akan terus mencatatkan peningkatan pada setiap hari,” katanya.

Selain itu, Habib Jewels turut mengadakan pelbagai promosi bersempena sambutan Aidilfitri, ia termasuk potongan harga antara RM10 hingga RM25 untuk satu gram emas 916 dan 999 dan turut menawarkan jam tangan edisi terhad. - Bernama