Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Chithirai dan Vaisakhi

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai dan Vaisakhi kepada masyarakat Tamil dan Sikh di negara ini.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara pada Khamis, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan semoga masyarakat berkenaan dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh di Malaysia, menurut catatan itu.

Masyarakat Tamil dan Sikh masing-masing menyambut Tahun Baharu Chithirai dan Vaisakhi hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: