Fernandinho mahu tinggalkan City

Fernandinho
Fernandinho
A
A
A

PEMAIN tengah Manchester City, Fernandinho sah akan meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris selepas berhasrat untuk tidak menyambung kontraknya yang akan berakhir pada hujung musim ini.

Menurut pemain Brazil itu, keputusan tersebut dibuat berdasarkan atas beberapa faktor sambil memberi bayangan dia mungkin akan pulang ke negara asalnya dan bermain di sana.

"Saya tidak rasa bahawa saya akan menandatangani kontrak baharu bersama pasukan ketika ini. Tetapi saya masih lagi mahu bermain.

"Saya akan balik ke Brazil. Keputusan ini telah dibuat yang mana ia sangat penting buat saya dan keluarga," katanya.

Untuk rekod, pemain berusia 36 tahun yang dibeli daripada Shakhtar Donetsk pada 2013, telah melakukan 370 penampilan bersama City dalam semua pertandingan yang disertai mereka.

Sepanjang tempoh tersebut, Fernandinho berjaya membantu City untuk memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan enam trofi liga.

Dalam pada itu, pengendali City, Pep Guardiola nyata terkejut dengan keputusan dibuat Fernandinho berkenaan masa depannya bersama kelab.

Bagaimanapun, Guardiola berharap dia mampu untuk memujuk Fernandinho untuk kekal di Stadium Etihad pada musim hadapan memandangkan dia masih memerlukan pemain tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saya langsung tidak tahu mengenai perkara ini. Apa-apapun saya akan berbincang mengenai perkara ini bersama Fernandinho.

"Dia seorang pemain yang hebat dan memainkan peranan yang penting buat pasukan pada musim ini. Dia berjaya mengendalikan pemain-pemain dengan baik.

"Bagaimanapun sekiranya dia masih kekal dengan keputusannya untuk meninggalkan kelab kami akan cuba memahami. Kami tidak mahu ada dia berasa tidak puas hati dengan kelab ini kerana dia telah banyak membantu pasukan sebelum ini.